Tuesday, September 27, 2011

Precious friends

Assalamualikum

p/s: click the song below before you start to read this stuff, TQ ^^,



Actually this post is dedicated specially to my schoolmates when I was in SMK Dr Megat Khas ( 2006-2010)




I've been there for 5 years and surely I grabbed maximally the memories which I could, either bad or sweet. And those memories I've planted nicely in my heart. InsyaAllah i'll never forget them. The purpose of this post being published is I want to appreciate and tell you all how much precious you are. I could said that friends are the most important ingredient in this recipe of life. But we must remember that friendship that built in the way of Islam's teachings is sweeter and even will be last longer.


Muhd Ridzwan
I don't know why I put him 1st in this list of friends
Here I beg you to forgive me for all my mistakes that I did, I know sometimes they're irritating and annoying, but trust me itu hanya gurauan semata-mata. Moshi-moshi ^^,


Syed Hasif

Hmm.. thank you for making me laughing on and on, and be part of my group during discussions in the class. (ada kan? aku pon ingat2 lupa)


Siti Nur Haniza
Owh here the "kecik" one in my list. HAHAHAHA. thanks for accompany me during breakfasting, and it is my pleasure teaching you some subjects when we was in Form 5.

Siti Amalia
This is Amalia, the professor-to-be, the marine-researcher-to-be, ahahah. wishing you gudluck in matriculation. Thanks to be a part of my additonal mathematics study group.


Mior Ashrul

ok, this is the most stylo one in the list. Thanks for borrowing me your blazer when I got some events, you are one of my friends which keep asking me when I'm going to fly even we are not in the same class during high school. Thanks for your "keprihatinan" :)


Syamimi

Thanks for understanding me, a good listener, a fast-making-decision girl, and thanks for everything.

Siti Nur Amera

Here is our lawyer-to-be in the future. Thanks for being my company during each Anugerah Cemerlang I attended. ( kan? kan?) Congratulation for all your achievements.



Muhd Fadzil

Even I don't know you very well, but you are one of my best tuition friend I ever had. Thanks for your tunjuk ajar. Do well in the future, I know you want to have a study in UIA, insyaAllah ONE DAY!

Kak Sabrina
Owh this one is the senior in my list. Thanks akak for spending a precious time with me during we work together. You are such a motherly and kind sister.




Muhd Adhwa
When it comes about camping or "kursus" that I attend, here is the one who always "terserempak" and become my partner during all the program. I hope you will be the student of Usuluddin one day. hehehe


Dashpreet Kaur
This person always praise me with her wonderful and sometimes weird quotes, she called me Beliau which i don't know the reason is. HAHAHA..

Suriatie
Owh this is my jiran tetangga and also schoolmate. Hahahaha. Thanks for everything and sorry for every each single mistakes.


Nurul Najah
This is my syarahan partner, we always practising together. Thanks ^^,



That's all I just want to share with you.
I hope you all will keep in touch with me as I am in Egypt. Pray for me, hoping I can go through the barriers during my studies. I'm wishing you Good Luck and All the best.

*siapa tiada dlam list nie, I'm terribly sorry, It doesn't mean that you are not my friends.

Assalamualaikum.


Tuesday, September 13, 2011

Bila Belajar Masuk Dapur

Assalamualaikum.

Less than 3 weeks i'm going to egypt, leaving all the pleasant life. Yeah, i mean it, included self-cooking life, self-clothes washing life and all the bagai things. So, as a beginning, aku pon try la masuk2 dapur tuh (*macam x penah masuk dapur) and the most hilarious thing is i'm started to spend and focus my television-time by watching AFC channel, TLC channel. yeah, the cooking show. *tsk tsk

AND I'M CAPTURING THE CHEF'S COOKING STYLE AND TRY TO SAVE IT IN MY BRAINY-HARD-DISK

sebab penting kot, diorang masak macam senang je, so it's actually very the important for us to have a good mind setting.

ok, back to the main topic (*focus!)

i'm not sure this is my first dish which successfully made by myself, (maggie aku masak pon sedap pe)

and makanan itu deberi nama


PANCAKE


ni resepi dia:
  • tepung
  • gula
  • telur
  • susu lembu (kalau kat egypt guna susu unta boleh maybe)
cara-cara membuat:

campak je semua, gaul, dah habes!
then, heat the pan, cook it spoon by spoon.




for the garnish:
honey
chocolate topping
fruit jam



moral of this entry/post:

untuk menjadi seorang muslim yg berjaya, kita kena belajar cara hidup susah/berdikari.
kita akan belajar banyak perkara apabila membuat sesuatu seperti kes diatas self-cooking-without mommy. So, sebagai seorang lelaki, janganlah berasa malu untuk masuk ke dapur hanya kerana adat yang menyatakan perempuan harus memasak. Bagi saya, cooking skills perlu ada dalam setiap diri manusia kerana kita hidup bergantung pada sumber makanan.


*POST NI DALAM ENGLISH COZ I'M IMPROVING MY WRITING SKILL. IF ANY BROKEN ENGLISH, ANA ASIF AWI-AWI( i'm really2 sorry)

Assalamualaikum :)






Sunday, August 28, 2011

Selamat Pengantin Baru

“Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dgn mas kahwinnya RM..”

Itu yg tersurat. tersirat?

“Aku tanggung dosa2 si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bkn lg ibu bapanya, & aku tanggung dosa bakal anak2 aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Malik melibas aku hingga pecah badan aku”

*selamat pengantin baru kepada yang bakal melangsungkan perkahwinan..
taken from a friend of mine
*Credit to my friend's brother-Siti Nasuha Suffian Wee.


Wednesday, August 24, 2011

Malaysia Kata Pergi, Egypt Kata Mari



Assalamualikum.

Tajuk dekat atas dah ungkapkan segalanya. When i heard this news, i don't know what is actually the feeling i should have now, yeah last time, I was like tak-sabar-gila-nak-blaja, then for now, sedih-yang-amat tau dok!! But, Allah SWT has written it, and i have to accept it, tu yg sepatutnya aku fikir, ada hikmahnya sebalik semua ni. By the way, i'm trying to think positively instead of asyik being sad all over the time, so i try to put myself wisely. And I'll tell my ayah and ibu that i'm going back malaysia EVERY AND EACH YEAR ( punye nak balik). Depart from Malaysia pon dah quarter of a thousand. InsyaAllah! So ni detail dia :



Penerbangan Pertama Universiti Tanta
Rabu, 28hb Sept - 1055pagi

Penerbangan Kedua Universiti Tanta
Khamis, 29hb Sept - Jam 1055pagi





Semua penerbangan adalah dengan menaiki pesawat GULF AIR . Waktu penerbangan adalah pada jam 1055 pagi dan semua pelajar dikehendaki berkumpul di KLIA pada 4 jam sebelum penerbangan ( iaitu 0645 pagi).



(copy paste from MM blog)

so raya nak dekat memang jangan harap la aku nak packing skarang, nk lupakan sekejap pasal Mesir ni. And surprisingly i found 4 dental student yang akan ke egypt and 3 of them are my housemates. At least dah kenal kat sini, nanti sampai kat sana, xdelah semua buat perangai cm alien kan. Hopefully, suma akan berjalan apa yang dirancang, but at last, Tuhan sahaja yang berhak menentukan.


So this is a part from the list the things i should, no i must bring soon
(ni pon copy paste jugak, harap maklum ye)

makanan

- 1st year ni mungkin ramai yg tak reti lagi nak masak sendiri,mungkin tak reti masak ke,tapi rasanya digalakkan bawa bahan utk masak..nanti takdelah rindu masakan malaysia :p

- serbuk santan..boleh beli kt giant ke tesco ke..sebab sini punya santan dia jual dlm tim so agak mahal

- daun2 cth daun kari, daun limau purut, daun pandan dsb.

- serai, kunyit lengkuas pon takde jual dekat sini. halia ada.

- serbuk cili, serbuk kari, serbuk kurma, dan lain2 instant.

- bihun.

- asam jawa.

- sardin. kat egypt ada sardin tapi bukan dalam tomato sauce mcm kita la.dia dalam oil.

- air yg konfem takde kt sana ribena, milo, horlicks. teh lipon berlambak dekat sini. kopi pon byk. alicafe pon ade hehe.

So that's all kot,

Assalamualaikum.






Monday, August 15, 2011

10 Manfaat kita berlapar bulan Ramadhan ini.

Berikut adalah 10 manfaat kita berlapar pada bulan Ramadhan ini.

  1. Menjernihkan hati, mencerdikkan otak serta menerangi penglihatan hati.
  2. Melembutkan hati yang membolehkan ia dapat merasai kelazatan pengaruh zikir kerana apabila perut kosong boleh menghilangkan kekerasan hati yang menyebabkan zikir dilidah terus meresap dihati yang lembut tanpa ada halangan lagi.
  3. Merasa kalah dan hina serta menghilangkan perasaan bongkak, terlalu gembira dan kufur nikmat di mana semua sifat tercela ini menjadi penyebab kepada penyimpangan dan kelalaian daripada mensyukuri nikmat Allah.
  4. Sentiasa ingat kepada bala Allah di dunia dan siksaanNya di akhirat apabila merasai sendiri bagaimana peritnya lapar.
  5. Mematahkan keinginan nafsu serta menguasainya daripada melakukan maksiat kerana bahan yang menguat dan menambah keinginan nafsu kebanyakannya berasal daripada makanan.
  6. Mengurangkan tidur dan memudahkan untuk berjaga terutama dalam berbuat ibadat.
  7. Memudahkan diri untuk menumpukan perhatian dalam beribadat kerana tidak banyak masa dihabiskan untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan makanan.
  8. Dapat menjaga kesihatan dan selamat daripada pelbagai penyakit yang terbit daripada banyak makan.
  9. Jimat dalam perbelanjaan harian apabila tidak banyak wang dihabiskan untuk membeli banyak makanan.
  10. Membolehkan dia mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri melalui sedangkan kerana orang lapar lebih memahami masalah dan penderitaan orang lain.

Sunday, August 14, 2011

Kisah Aiman dan telefon bimbitnya

Assalamualikum

*Sebelumtuh, cerita ni tiada unsur sombong, riak, fitnah etc. Just untuk perkongsian dan teladan


Tersebutlah kisah, sepupu aku ajak aku keluar berbuka sama2 lalu aku pon ikutlah. So, macam setahun x jumpa sembang bagai ( kesalahan pertama: sembang benda2 yg tidak berfaedah) kitorang sembang pasal..

skip




skip





skip




skip





skip



dah habis berbuka pon Alhamdulillah. Lepas tuh dengan hati gembira, selepas solat Magrib pergilah satu tempat ni ( huhu x boleh habaq) mencuci mata, melenguhkan kaki hingga 9.30 (kesalahan 2: ponteng terawikh). Dalam masa nak snap picture2 guna fon aku yang ado, aku pon tersedar "eh, mana fon aku?" . *Background orkestra terkejut. Aku dan 2 orang sepupu aku pon gelabah la mencari-cari sekeliling kedai, dalam kereta macam orang x betul * macam cubaan nak merompak kedai pon ada.


*Background music sedih.



Kami pon patah balik lah sepanjang jalan yang kami lalui sebelum ini. Dalam kereta aku dah berdoa pada Allah SWT agar jumpa la balik fon aku yang ado tuh.(kesalahan 3: dah susah baru nak berdoa) X jumpa akhirnya. So pulang ke rumah dengan muka yang sedih. Agak dalam pukul 10.30. 1st time balik lambat mcm ni, naseb baek parents x marah.





MasyaAllah, SubhanAllah ( Bak kata Andy Nurehan)


Keesokkan harinya, dengan Rahmat dan Kasih sayang Allah SWT, aku dapat call dari sepupu aku. Dengan hati berdebar

Sepupu: Wei dah jumpa fon kau balik?

Aiman: Mana ada, ayah rilax je, yeay nak beli fon baru (Kesalahan 4: anak yang menyusahkan mak bapak)

Sepupu: Td call fon kau, ada orang cina angkat, Mr Lim, die jumpa fon kau dekat kedai die.

Aiman: Yeke!!!!!! Alah baru nak beli fon baru ( Kesalahan 5: tak bersyukur)

.....

skip




skip




skip



so, guys moral of the story in just a day, we could do many sins without we realize. Allah SWT will show us sort of accident occurred above right after we did something wrong. But at the end, when we realize and admit the sins we did, we will rained by Allah SWT's mercy and blessing with a view to aware us about the sins.
THE END

Assalamuaikum






Thursday, August 11, 2011










Dental Stuff







Wednesday, August 10, 2011

The Best Nasyeed Lyric



Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah


Wednesday, August 3, 2011

Alexandria VS Tanta

Assalamualikum
MasyaAllah, SubhanaAllah (bak kat Andy Nurehan)
Perkara ini yang sedang berserabut, berbelit, berpintal, bergulung, beranyam dalam kepala sekarang ni. Kenapa susah sangat nak pilih? Adoyai. Both ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Bak kata Ariffin Hakim yang menceramahkan aku setiap hari di UPM, fokus pada solusi and bla bla bla bla. Ok i'm trying. So jom buat list pro and contra.

Kalau pilih Alexandria


Kelebihan
1) Mesti la aku cakap tempat dia best.

2)Alexandria tak guna module (untuk dentistry) sama macam tanta

3)Kos hidup di Alex, even ramai cakap mahal bagi aku x la membebankan, 600 MYR i think should be enough sbb senior ada pesan 500 MYR is minimum value.

4)Alexandria pengiktirafan dia sangat kukuh di peringkat international.

5) Prof baik2, sistem pun best, ada e-learning and stuff. (Menurut senior tahun 1)

Keburukan (try cari solusi bak kata Ariffin Hakim lagi)

1) mesti lah rumah dia, tp senior ckp boleh pilih rumah lain, sewa yang lain rumah disana dalam 1200, 1000 geneh, so divide la dengan isi rumah.

2) Barang mahal-mahal.. Mahal tu x tau la, mahal dari Tanta or mahal dari Malaysia. Rase mahal dari tanta. Tp duit Malaysia still lagi besar daripada mata wang geneh.

Kalau pilih Tanta
Kelebihan

1) Memang aku sayang Tanta sebab ramai kawan, even housemate pon dah ada, Taqi Den, Shaqir, Danial , Faiz (Harry Potter). YA ALLAH!

2) Tanta rumah baru.

Keburukan

1) so memang aku akan tulis tempat dia kurang maju dan x ada banyak tempat boleh dilawati. (pergi sana bukan nak melancong tp nak belajar) ok tp kita duduk 5 tahun.. err?

2) Bak kata Solehin KP Pre-medic, ada cerita yang kurang menyenangkan tentang pengiktirafan di Tanta, Mansoura dan Zagazig, but Ummi said it should be okay.

TAPI!

aku x buat choice lagi sampai hari ni. so mudah-mudahan Yang Maha Mengetahui akan mengetahui isi hati aku ini dan mempermudahkan aku dalam urusan belajar ini. Amin ya Rabb.

Sekian, Assalamualaikum.

Wednesday, May 25, 2011

Kenapa Doktor Gigi? Kenapa Mesir?

Assalamualaikum.
Ok, mohon maaf dulu sekiranya post ni tak best sangat.
Mesti ramai tertanya-tanya kenapa Aiman nak sangat jadi doktor gigi.
Actually saya boleh senaraikan seratus(mana ada) tp saya pilih top 5 untuk sebab-sababnya.Add Image
1) Course Doktor Gigi tak lama sangat compare dengan pure medic, kalau doktor gigi hanya 5 tahun tetapi medic memakan masa 6 tahun. So, macam lama sangat je=_________='

2) Doktor Gigi juga tak payah belajar mengenai seluruh part badan manusia, tetapi hanya Upperlimb (budak bio tau lah istilah mende ni).

3) Even subjek dia senang compare tu medic, tapi kita still boleh kerja dalam suasana hospital :0 (beria kan)

4) Kalau kita belajar oversea, confirm2 2nd year kene buat pinjaman dengan JPA, MARA etc, so kite kene bayar balik duit diorang, tak kan nak free2. agak2 la, so after graduate kite kene bayar balik pinjaman tuh melalui bekerja dengan kerajaan, jadi tak payah la susah2 nak cari kerja, betul x?

5) Parents mana tak nak tengok anak dia jadi doktor, so reason Aiman nak jd doktor gigi untuk membanggakan kedua ibu bapa yang mendidik sejak dari kecil lagi selain melengkapkan tuntutan agama.

Kenapa Mesir?!Kenapa Mesir?!Kenapa Mesir?!Kenapa Mesir?!
Kenapa Mesir?!Kenapa Mesir?!Kenapa Mesir?!KenapaMesir?! 1) Kalau korang nak tau, Mesir adalah satu-satu negara yang mengambil student lepasan SPM untuk ambil doctorate. Tak payah matrik, asasi, A-level, B-level, even C-level.

2) Melancong sambil belajar. =__________________='

3) Mesir negara Islam, boleh belajar Ilmu agama, dan program doctorate pakej sekali dengan tahfiz.

4) Mesir negara paling murah compare to Russia, Indon (not sure), UK(1.2 million).

5) Mesir kan bumi anbia, segala doa mudah dimakbulkan.

So that's why kenapa Aiman nak buat Dentistry dekat Mesir, harap post ni boleh tolong sedikit sebanyak adik-adik yang masih bersekolah. Okaylah sampai sini jelah. Act tak de idea. Maklumlah blogger tak berijzah.
Assalamualaikum.

Thursday, April 21, 2011

Justin Bieber idola remaja.

Assalamualaikum,
ok post ni bukan bertujuan nak jatuhkan JB atau mendiskriminasikan sesiapa, Just ingin membuka mata masyarakat Islam. Sejak JB nk datang Malaysia macam2 iklan dan berita tentang sambutan rakyat Malaysia terhadap dia. Tapi cuba fikir, Malaysia sebuah negara Islam, kenapa mesti bawa masuk penyanyi yang bukan Islam untuk buat konsert dan menyanjung dia. Haish x faham. Masyarakat barat hidup bersosial, agak bebas dan pengikut JB pulak anak2 ramaja yang bakal memimpin negara. Terutamanya bagi remaja muslim, kalau kecil2 dah didedahkan macam ni, bagaimanakah status negara Islam akan datang? takut nk fikirkan. maybe ramai lagi yang bakal dibawa masuk ke dalam malaysia untuk buat konsert. So, kalau rasa nk pegi, atau tergila-gilakan JB, fikirlah seberapa banyak kali, betul ke ape yg kite buat selama ni. Wallahualam, kalau konsert tu mesti bebas tiada pemisah antara lelaki dan perempuan.. Pepun mohonlah kepada-NYA agar dijauhkan negara kita seperti idea-idea barat yang kian memakan jiwa muslim. Sekian,
Assalamualaikum.







Wednesday, March 16, 2011

Antara Cinta Allah S.W.T dan kekasih anda? Fikirkanlah..


Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.

Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.

Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.

Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.

Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.

Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."

Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."

-Artikel iluvislam.com

Friday, March 11, 2011

Memaafkan Untuk Syurga


Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia.

Jika kita seorang ibu yang bekerjaya, selalunya kita akan berhadapan dengan suami, anak-anak, rakan sekerja dan ramai lagi.

Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham.

Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan.

Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."

Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.

Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.

Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.

Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.

Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."

Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."

Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.

Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.

Sumber iluvislam

Wednesday, March 9, 2011

Berwuduk zahir dan batin


Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air".

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat

* Menyesali dosa yang telah dilakukan

* Tidak tergila-gilakan dunia

* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )

* Tinggalkan sifat berbangga

* Tinggalkan sifat khianat dan menipu

* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan":

1. aku sedang berhadapan dengan Allah SWT,

2. Syurga di sebelah kananku,

3. Neraka di sebelah kiriku,

4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan

5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian Sirat dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Admin pasti sukar untuk kita mencapai tahap khusyuk yang sempurna . Mungkin cara ini lebih berkesan. Lebih baik mencuba daripada tidak buat apa-apa.

Apa yang pasti, tunaikan apa yang wajib. Khusyuk , ikhlas itu semua atas kehendak Allah SWT . hanya Allah yang berhak menilai perilaku hamba-Nya. :)

::: Jazakallahuma Khairan Kathira :::

Sumber Komuniti Remaja Islam

Monday, March 7, 2011

Biografi Ringkas Imam Nawawi


Beliau adalah Yahya bin Syaraf bin Hasan bin Husain An-Nawawi Ad-Dimasyqiy, Abu Zakaria. Beliau dilahirkan pada bulan Muharram tahun 631 H di Nawa, sebuah kampung di daerah Dimasyq (Damascus) yang sekarang merupakan ibukota Suriah. Beliau dididik oleh ayah beliau yang terkenal dengan kesalehan dan ketakwaan. Beliau mulai belajar di katatib (tempat belajar baca tulis untuk anak-anak) dan hafal Al-Quran sebelum menginjak usia baligh.

Ketika berumur sepuluh tahun, Syaikh Yasin bin Yusuf Az-Zarkasyi melihatnya dipaksa bermain oleh teman-teman sebayanya, namun ia menghindar, menolak dan menangis karena paksaan tersebut. Syaikh ini berkata bahwa anak ini diharapkan akan menjadi orang paling pintar dan paling zuhud pada masanya dan bisa memberikan manfaat yang besar kepada umat Islam. Perhatian ayah dan guru beliaupun menjadi semakin besar.

An-Nawawi tinggal di Nawa hingga berusia 18 tahun. Kemudian pada tahun 649 H ia memulai rihlah thalabul ilmi-nya ke Dimasyq dengan menghadiri halaqah-halaqah ilmiah yang diadakan oleh para ulama kota tersebut. Ia tinggal di madrasah Ar-rawahiyyah di dekat Al-Jami’ Al-Umawiy. Jadilah thalabul ilmi sebagai kesibukannya yang utama. Disebutkan bahwa ia menghadiri dua belas halaqah dalam sehari. Ia rajin sekali dan menghafal banyak hal. Ia pun mengungguli teman-temannya yang lain. Ia berkata: “Dan aku menulis segala yang berhubungan dengannya, baik penjelasan kalimat yang sulit maupun pemberian harakat pada kata-kata. Dan Allah telah memberikan barakah dalam waktuku.” [Syadzaratudz Dzahab 5/355].

Diantara syaikh beliau: Abul Baqa’ An-Nablusiy, Abdul Aziz bin Muhammad Al-Ausiy, Abu Ishaq Al-Muradiy, Abul Faraj Ibnu Qudamah Al-Maqdisiy, Ishaq bin Ahmad Al-Maghribiy dan Ibnul Firkah. Dan diantara murid beliau: Ibnul ‘Aththar Asy-Syafi’iy, Abul Hajjaj Al-Mizziy, Ibnun Naqib Asy-Syafi’iy, Abul ‘Abbas Al-Isybiliy dan Ibnu ‘Abdil Hadi.

Pada tahun 651 H ia menunaikan ibadah haji bersama ayahnya, kemudian ia pergi ke Madinah dan menetap disana selama satu setengah bulan lalu kembali ke Dimasyq. Pada tahun 665 H ia mengajar di Darul Hadits Al-Asyrafiyyah (Dimasyq) dan menolak untuk mengambil gaji.

Beliau digelari Muhyiddin (yang menghidupkan agama) dan membenci gelaran ini karena tawadhu’ beliau. Disamping itu, agama islam adalah agama yang hidup dan kukuh, tidak memerlukan orang yang menghidupkannya sehingga menjadi hujjah atas orang-orang yang meremehkannya atau meninggalkannya. Diriwayatkan bahwa beliau berkata:“Aku tidak akan memaafkan orang yang menggelariku Muhyiddin.”

Imam An-Nawawi adalah seorang yang zuhud, wara’ dan bertaqwa. Beliau sederhana, qana’ah dan berwibawa. Beliau menggunakan banyak waktu beliau dalam ketaatan. Sering tidak tidur malam untuk ibadah atau menulis. Beliau juga menegakkan amar ma’ruf nahi munkar, termasuk kepada para penguasa, dengan cara yang telah digariskan Islam. Beliau menulis surat berisi nasehat untuk pemerintah dengan bahasa yang halus sekali.

Suatu ketika beliau dipanggil oleh raja Azh-Zhahir Bebris untuk menandatangani sebuah fatwa. Datanglah beliau yang bertubuh kurus dan berpakaian sangat sederhana. Raja pun meremehkannya dan berkata: “Tandatanganilah fatwa ini!!” Beliau membacanya dan menolak untuk membubuhkan tanda tangan. Raja marah dan berkata: “Kenapa !?” Beliau menjawab: “Karena berisi kedhaliman yang nyata.” Raja semakin marah dan berkata: “Pecat ia dari semua jabatannya!” Para pembantu raja berkata: “Ia tidak punya jabatan sama sekali.” Raja ingin membunuhnya tapi Allah menghalanginya. Raja ditanya: “Kenapa tidak engkau bunuh dia padahal sudah bersikap demikian kepada Tuan?” Raj apun menjawab: “Demi Allah, aku sangat segan padanya.”

Imam Nawawi meninggalkan banyak sekali karya ilmiah yang terkenal. Jumlahnya sekitar empat puluh kitab, diantaranya:

  1. Dalam bidang hadits: Arba’in, Riyadhush Shalihin, Al-Minhaj (Syarah Shahih Muslim), At-Taqrib wat Taysir fi Ma’rifat Sunan Al-Basyirin Nadzir.
  2. Dalam bidang fiqih: Minhajuth Thalibin, Raudhatuth Thalibin, Al-Majmu’.
  3. Dalam bidang bahasa: Tahdzibul Asma’ wal Lughat.
  4. Dalam bidang akhlak: At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an, Bustanul Arifin, Al-Adzkar.

Kitab-kitab ini dikenal secara luas termasuk oleh orang awam dan memberikan manfaat yang besar sekali untuk umat. Ini semua tidak lain karena taufik dari Allah Ta’ala, kemudian keikhlasan dan kesungguhan beliau dalam berjuang.

Secara umum beliau termasuk salafi dan berpegang teguh pada manhaj ahlul hadits, tidak terjerumus dalam filsafat dan berusaha meneladani generasi awal umat dan menulis bantahan untuk ahlul bid’ah yang menyelisihi mereka. Namun beliau tidak ma’shum (terlepas dari kesalahan) dan jatuh dalam kesalahan yang banyak terjadi pada uluma-ulama di zaman beliau yaitu kesalahan dalam masalah sifat-sifat Allah Subhanah. Beliau kadang men-ta’wil dan kadang-kadang tafwidh. Orang yang memperhatikan kitab-kitab beliau akan mendapatkan bahwa beliau bukanlah muhaqqiq dalam bab ini, tidak seperti dalam cabang ilmu yang lain. Dalam bab ini beliau banyak mendasarkan pendapat beliau pada nukilan-nukilan dari para ulama tanpa mengomentarinya.

Adapun memvonis Imam Nawawi sebagai Asy’ari, itu tidak benar karena beliau banyak menyelisihi mereka (orang-orang Asy’ari) dalam masalah-masalah aqidah yang lain seperti ziyadatul iman dan khalqu af’alil ‘ibad. Karya-karya beliau tetap dianjurkan untuk dibaca dan dipelajari, dengan berhati-hati terhadap kesalahan-kesalahan yang ada. Tidak boleh bersikap seperti kaum Haddadiyyun yang membakar kitab-kitab karya beliau karena adanya beberapa kesalahan di dalamnya.

Sumber Komuniti Remaja Islam

Sunday, March 6, 2011

Rela Masuk Ke Dalam Api Neraka


Assalamualaikum

Nabi Musa AS suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan ummatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa AS kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS, Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Sorga-Nya?.

Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah. Nabi Musa AS mengabulkan permintaan orang itu. Nabi Musa AS kemudian bermunajat memohon kepada Allah SWT agar Allah SWT memberitahukan kepadanya di mana ummatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak. Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepadanya bahwa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam". Nabi Musa AS kemudian mengabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah SWT kepadanya.

Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa AS. Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terfikir bagai mana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat.

Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa AS kembali. Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Musa AS, aku rela Allah SWT memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya". Nabi Musa AS menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah SWT.

Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa AS maka Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepada ummatmu itu bahwa sekarang Aku akan menempatkannya di Surga-Ku yang paling tinggi"

Wassaalam

Sumber Komuniti Remaja Islam