Friday, August 31, 2012

Alkisah bila tiba time exam :3

Assalamualaikum.
Hye guys, Alhamdulillah, kita diberi peluang untuk hidup hari ni, menghirup O2 kurniaan Allah.
So, nie, abang nak cite ckit la, (abang ke?) hahaha, boleh la.

Alkisah, time bulan final exam hampir tiba, ( terharu pulak nak cerita nie, rindu yang teramat dekat kengkawan) Untuk predental student, paper 1st adalah Dental Material ( paper ni memerlukan skill ajaib untuk menghafal fakta-fakta yang penuh dengan words, sedikit je gambaq) so, setiap orang ade cara menghafal diorang, but for me, aku suke buat notes ( tadi panggil abang), then barulah start menghafal. So, bukanlah nak cerita pasal subjek tuh, tapi nak cerita kisah perit duka lara sebalik exam dental material nie. Bile time exam, biasalah, student2 pon pulun study, duduk rumah je, kalau boleh, kitorang nak mata nie terbukak 24 hours, tanpa rase ngantok nak study.. Aku pon nak mase 24 hours tu, tp sempat buat dalam 18 hours je, so disebabkan kurang tidur and tak jaga makan, maka demam pon datang la, ya Allah, memang dugaan, waktu amik exam written, bile dh habis jawab, lagi 15 minit nak habis, badan mule rase lain macam, pening, kadang2 sejuk.Pergh. Dengan tak breakfirstnye, ketaq badan ni time exam.. Habis je exam, nak happy pon x bermaye sbb badan giler penat, disebabkan x breakfirst, gagahkan diri, berbekalkan tenaga secupak, kaki mula mengorak langkah ke TAKO, (Tako nie, fast food dekat egypt, mase mule2 datang kedai die biase2 je, bile nak hujung tahun, macam2 pembaharuan, terharu kot, maju dh kedai tuh, kedai nie menjadi supplier kitorang time exam, sebab cepat, murah, sedap, mengenyangkan) so, sementara nak tunggu pakcik2 tako buat lunch tuh, kitorang pon open la soklan2 exam tadi..

_____________________________

Sampailah kat rumah, fast food tadi, kitorang bungkus je, sbb nak cepat. Balik tuh, dengan beg yang masih digalas, aku pon menbuat diving 10m platform macam Pandalela tuh, terjun dengan gaya tersendiri atas katil, ( monolog dalaman "Ya Allah nikmatnye dapat rest") makanan  x usik lagi nie, nak jadikan cerita, makanan tu dijadikan dinner, aish, makin sakit la aku. Time tuh, tekak rase lain macam dh, suhu badan dah naek.. By the way, esoknye exam oral untuk subjek written tadi, memang xde gap la nak rehat. Nak turun pegi masjid pon x larat. So, bagi nak fresh kan diri, nak study untuk esok, aku pon gi la mandi.. Tengah2 mandi tuh, kedengaran la suare2 lunak merdu housemate balik dari masjid, yang peliknye, ramai pulak suara2 tuh, bile lepas mandi, tengok2 ade la budak kelas datang nak study skali, Umair and Dzul. Yeay, fresh ckit, dapat study ngan diorang. So untuk oral, kitorang slalu buat soal jawab, semua pakat buat soklan2 yang susah tahap dewa, kalau x dapat jawab, rase diri macam x cukup study je, hehehe, btw rindu sgt time tuh.. Tapi malam tuh study kejap je, dengan harapan esoknye sihatla, study lepas subuh, dengan kehendak Allah, aku pon still sakit lagi teruk. sobs3, pastu roomate aku, Taqi naseb baik la die ade, die temankan aku study atas katil, aku dengan selambe baring berselimut kesejukan, die tanye aku soklan2. Time kitorang sibuk revise, datangla abg Izzudin, die nie, doctor on call kitorang, dh tahun 4 dh skarang. so die cocok aku dengan tanpa belas kasihan, ( aku ni takut jarum) ubat tu untuk bagi kebah demam tu, kasi energy dalam badan up ckit ( memandai je aku buat fakta medical nie) hahaha, tapi rase la elok ckit, sekejap je, Sampai kat university, ya Allah, time oral exam, kene la tunggu turn, nama aku plak akhir-akhir sekali. memang dugaan.. Time tu, tinggal aku and taqi je lelaki, then doctor pon panggil la, naseb baik dapat doktor feveret, aku duduk tengah2, ade 3 orang total. lepastu, rase macam miracle dari Allah, soklan yang dijangka2 dpat, aku pon jawab la sehabis idea yang ada, Alhamdulillah. rase bersyukur sangat time tuh. Doctor pon melemparkan senyuman yang bersinar die, yeay! terubat jugak demam aku ckit, So balik tu, aku rest cukup2 untuk menempuh other papers yang berlangsung selama 1 sebulan. 

Moral of the story, kita kene ingat, setiap kesusahan yang Allah berikan kepada kita, sebenarnya, Allah selitkan kemudahan untukk kita, sweet kan? 
Allah telah berfirman dalam surah Al-Insyirah, ayat 6.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
صدق الله العظيم  
       
Maksudnya: "sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan"

Kadang2, sedih bile fikrikan diri sendiri, bila susah ingat kan Allah, bila senang kita lalai, Mintak2 kita dijuahkan dengan sikap yang macam tuh ( #notetomyself )
So, hopefully, entry ni sedikit-sebanyak dapat membantu menaikkan semangat korang untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Sesungguhnya, Allah itu bersifat Maha Pemurah lagi Maha Penyayang tehadap hambanya yang bertaqwa.

Gambar hiasan : Gunung Sina, tempat dimana Nabi Musa bermunajat direct terus dengan Allah s.w.t Subhanallah. Allah beri peluang untuk jejak ke sini. 
Abaikan model dalam pictures eh, ^^,



Assalamualaikum :)

Saturday, August 25, 2012

Syawal :)


Assalamualaikum

Alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk type entry nie, hee, syukur3, segalanya atas kehendak Allah.Ramadhan telah meninggalkan kita dan syawal pon menjelma, sedih dan sayu bila ramadhan pergi, tetapi, Allah kurniakan hari raya sebagai pengubat hati yang sedih ini walaupun fadhilatnya tidak sebesar bulan Ramadhan.. Let me tell first, this entry is note to myself too, the dhaif man..

So, straight to our topic, bulan syawal kan, so mesti familiar dengan "PUASA ENAM" kan3?
Kesempurnaan ibadat seseorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T., malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.

Seumpama solat yang menjadi amalan terawal dihisab di Padang Mahsyar kelak, dinilai terlebih dahulu akan solat wajib yang dilakukan, dan jika terdapat kekurangan, ia akan dilihat melalui amalan solat sunat bagi menampung mana-mana kekurangan solat fardhu. Begitu juga amalan berpuasa. Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.

Fadhilat Puasa Enam

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

______________________________________________________________________

Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.

Walaupun begitu, if la kita lakukan tidak berturut-turut, yakni kejap dipertengahan syawal, then diakhir syawal, ibadah puasa enam ini tetap diterima Allah. :)

Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.

Okay tak? Islam ini mudah, i/Allah kita lakukan bersama..

Dikesempatan ini, saya jugak nak mohon maaf, pada sesiapa kenalan di bulan mulia ini. heee!


Assalamualaikum

Saturday, August 11, 2012

5 minit je baca! Tak rugi..

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, before i start my point today, jom kita kira how many nikmat that we received today, kira tau! and the most greatest nikmat are Islam and Iman.. again Alhamdulillah. Firstly, i wrote this untuk diri sendiri, sebagai pesan untuk diri sendiri, and hopefully, it is very useful for uolls.
Okay, now I straight to my point, wanna share about 

ISTIDRAJ

" Istidrajullah al-abda"(Allah menIstidrajkan hambanya) membawa erti/makna setiap kali hambaNya (insan) membuat/ menambah/ membaharui kesalahan yang baru maka setiap kali itu juga Allah akan membuat/ menambah/ membaharui nikmatNya ke atas hambaNya itu dan setiap itu juga Allah membuatkan hambaNya itu lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadapnya dan setiap itu juga Allah akan mengambilnya sedikit demi sedikit(ansur-ansur) dan Allah tidak mengambilnya dengan cara yang mengejut!

                                                                   *simplify sikit!

Nikmat yang Allah kurniakan kepada hambanya sewaktu hamba Allah itu di dalam kemaksiatan ataupun kekufuran. 
*Ok tak? 

Dalil dari Al-Quran

Surah Al-A'raf

:"Orang2 yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami (binasakan mereka itu dengan beransur-ansur) sedang mereka tidak tahu."(182)

 Cuba anda lihat maksud ayat Alquran yg berada di dalam isyarat { }. Itu adalah maksud "istidraj" yang sedang kita bincang sekarang. Iaitu ia membawa makna "Istidraj" suatu perkara yang di luar adat kebiasaan yang belaku terhadap seseorang insan bertujuan untuk membinasakan 'insan' tersebut dengan cara berangsur-ansur atau TIDAK DISEDARI atau sedikit demi sedikit dan bukan mengejut. Jika kita beriman benar-benar pada Allah, Insya Allah takkan terjadi "istidraj" pada kita. Percayalah

 Surah Al-An'am

"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membuka semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka. Sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka secara tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa".(44)"Maka orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya, Dan segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam"(45)


 Dalil dari hadith


Rasulallah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah ISTIDRAJ". 
Selepas itu Rasulallah s.a.w pun membaca ayat tadi 44- 45 (surah Al-An'am) yang bermaksud... (sila rujuk makna ayat 44 dan 45 pada perenggan yg tersebut tadi).

Ok, my point here, nak ke korang dapat semua nikmat di dunia ni, padahal korang syoknye buat dosa? bahaya tu.. Nikmat Allah ini turun skali dengan rahmat, rahmat tu yang bawa kita ke syurga, tapi kalau nikmat tanpa rahmat? Acaner? duduk jap, fikir sejenak.

So, i/Allah kita belajar sama2, ana pon tak mahir lagi dalam bab2 agama, tapi bak kata imam al- Ghazali, sampai bila dakwah akan tersebar, bila kita tunggu orang yang perfect untuk berdakwah. tehee! and plus guys, Ramadhan is getting towards it's end, so, for the last 10 days ni, let us maximized our ibadah and good deeds, and hoping that we will meet the lailatul qadr, i/Allah, nikmat besar tuh.


*Gambar Hiasan 
Before balik mesia, sempat la pegi sempadan israel-mesir, ni la tempat die, teringat dekat saudara kita dekat other side of the gate. :(

Assalamualaikum w.b.t 


Saturday, July 28, 2012

Ramadhan Kareem guys - 3 tahap orang berpuasa



 Assalamualaikum :) 
Let's start this entry with one of my fav song as usual ^^,


 Imam Ghazali dalam kitabnya ‘Ihya Ulumiddin’ menyebut :3“Puasa ada tiga kedudukan:
  1. Puasa al-umum,
  2. Puasa al-khusus
  3. Puasa khusus al-khusus.
Tahap pertama: 
Puasa al-umum ialah menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat. Puasa tahap ini adalah paling rendah hanya puasa orang awam. Puasa sebegini hanya sekadar meninggalkan makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa.

Tahap kedua
Puasa al-khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Puasa di tahap ini pula adalah di tingkatan kedua iaitu puasa orang khas. Puasa dbagi tahap ini akan cuba menjaga akhlak dan melakukan pekara-perkara sunat bagi menambahkan lagi kualiti puasanya.

Tahap ketiga : 
Puasa Khusus al-khusus ialah menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat.

Bagaimana untuk mencapai puasa tahap yang ketiga ini?
Menurut Imam al-Ghazali juga bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh maka perlu menyempurnakan 6 perkara iaitu:
  • Menundukkan pandangan dan menahan dari melihat perkara yang tercela dan dibenci oleh syariat serta dari segala perkara yang boleh menggangu dan melalaikan hati dari mengingati Allah S.W.T.
  • Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dan sebagainya. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, memperbanyakkan zikir dan membaca al-Quran.
  • Menahan dari mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan maka haram juga didengar. Justeru, Allah Menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya:
Maksudnya:
“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya).”
(Surah al-Maidah: 42)
  • Menahan anggota tubuh badan dari melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki dari perkara yang dilarang dan menahan perut dari perkara-perkara syubhat ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahannya dari makanan halal tetapi berbuka dengan makanan haram.
  •  
  • Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan tersebut. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah dari perut yang penuh dengan makanan halal.
  • Hendaklah timbul dalam hatinya rasa takut dan penghargaan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima oleh Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya, ataupun puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang yang celaka.

Sunday, January 29, 2012

First update in Egypt :)

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, Finalleyy!
Got a space, in a cool morning for me to update my blog which is "sawangness" already. Ok, where could I start with?

Oh, before that, I wanna share a song which is cool, click dulu ea.


Pergh, since I'm here in Egypt, it's almost 4 month, truly, loads of stories and experiences which I could share with you all. But I prefer to take the most interesting part of my life in Egypt, which is JALAN2! Yeah, I just finished my mid-term examination last couple of weeks ago, syukur Alhamdulillah, and just waitin' for the result to come out, Tawakal a'laAllah, so I memang puuusssssshhhhhh!! myself to sit and study, without facebooking, jalan2-ing, and I really want this sooo bad, I mean to be success in my Pre-Dental year, fuhh, and now I'm preparing for the 2nd term which is so packed, I heard from the seniors, that we could have our holiday only on Friday, ONLY! ONLY!, YEAH! but I take it as a challenge, those time in University will be filled with labs and classes, new books, new lecturer, Alhamdulillah, till now, I still can withstand it.. hurm ok let's start with this.

 CAIRO! WUHUUU!!

Hahaha, supposingly, the time train arrive should be at 11.30 am, and it's delayed until about an hour and half, pathetic kan?


This mamat bajet ni, he's going back Malaysia, winter break la kan, untungla, then we accompanied him till "de Airporte"
once again

UNTUNG LA!

In the train, yeah, as usual, i felt nauseous and dizzy, and i decided to left some great winter scenery by taking a short nap in the train, MUAHAHAHAHA.  :'D 

Alhamdulillah, and now my feet are making steps on the Cairo city, the capital of Egypt. 





We straight go to our friend's house, who still studying in Al-Azhar University, and sorry again for disturbing you all since they still in their exam mood, but surely, they still great and welcome us, thanks!!! Then, we sent Umair, the "UNTUNG MAN" yang kat atas tu pegi airport, but, unfortunately, I was in uncomfortable condition, and I decided to stay in the house instead of sending the "UNTUNG MAN" go to the airport, sorry friend, I didn't mean it, :)

With the help of an expert, Fazil Omar, we got a house which owned by Wilayah Persekutuan branch, for a night, resting peacefully, Syukur again :)


 the tour begins on the next morning, after Subuh prayer, we decided to take a look the compound near our house, while searching for a breakfirst. And me and Danny decide to go one of the famous Malay restaurant, having a great "NASI LOMAK". WEHEE~ HEAVEN.








Alhamdulillah, perut dah kenyang, so we decide to go to"THE CITY STAR" first, a shopping mall, designer clothes shops also got.







COOL KAN???









So, we had a very tiring day, and plus, we still don't jelajah all the shops available, then we decide to go to"Abu Hilaq" but I was very tired, and miss to capture some photos there, hehehe, Abu Hilaq is almost like Uptown and Downtown in Malaysia, but here much cheaper. 
So, what else?
Oh, yeah, about my course, Alhamdulillah, till  now I can carry it, Yeah being a medical (specifically dentistry student) is not that easy, you have to sacrifice a lot of things, there's no TV here, shopping mall, and etc in TANTA, and i'm grateful that Allah gave me such a perfect environment to study, syukur ya Allah, such a great experience being here, For the 1st sem, I did very well personally. So, my plan for the next sem, i got some strategies and plans regarding my study, and I hope those will be smoothly done! Amin, pray hard for me Malaysian, ayah, ibu, kawan2, cikgu2, I promise to u, I gonna study hard and smart and never make you all feel regret, i/Allah.

.MUMTAZ.

I think that's all for now, and I wish i could have more time to update this blog, 

Salam Rindu Dari Egypt,
 Assalamualaikum