Friday, March 4, 2011

Majlis Ilmu


Pada 4 March 2011, Masjid Qaryah Manjoi telah berbesar hati menjemput Al Fadhil Ustaz Mohammad Kazim bin Elias Al Hafiz untuk menyampaikan ceramah beliau bersempena Bulan Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Apa yang membuatkan ceramah itu sangat menarik perhatian adalah cara penyampaian atau tekniknya yang sungguh berkesan dengan menyelitkan unsur hiburan yang bertapis. Beliau menyarankan agar semua manusia yang bergelar manusia melakukan dakwah, yakni bukan hanya sekadar berceramah, tetapi melalui pebagai cara yang sesuai bagi masyarakat kini dan tidak melanggar hukum syarak. Intipati ceramah tersebut membuatkan iman dan taqwa seseorang tumbuh subur berbunga di dalam diri seorang muslim. Dengan ini, jikalau ada sebarang ceramah, majlis ilmu, silalah sertai kerana ada hadis yangberbunyi "Menuntut Ilmu lebih utama daripada solat sunat"-(Imam Syafi'e). Dan menurut ustaz lagi, sesiapa yang menghadiri majlis ilmu namanya akan disebut di langit. (Peringatan untuk diri saya juga)

No comments:

Post a Comment